Diabetes Jenis 1(biru)
Insulin Dependent (bergantung kepada insulin). Terjadi apabila organ pankreas tidak dapat menghasilkan insulin langsung. Diabetes jenis 1 kebanyakannya dihidapi oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Pesakit yang menghidap diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal glukosa dalam darah.
Diabetes Jenis 2 (merah)
Non-insulin independent (tidak bergantung pada insulin) berlaku apabila penghasilan insulin oleh pankreas berkurangan atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan baik (kerintangan insulin). Kerintangan insulin adalah keadaan dimana jumlah insulin normal tidak lagi mencukupi bagi menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, sel otot dan sel hati. Diabetes jenis 2 boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat kerana masih terdapat sedikit insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Diabetes jenis ini paling biasa berlaku dikalangan pesakit yang berumur. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah daripada jenis ini.
Categories: