#1 DR Diabetes

Keadaan kecemasan bagi penyakit kencing manis :-

  1. Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.

  2. Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

  3. Diabetes Ketoacidos ialah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Akibat dari kandungan gula yang tinggi dalam darah berlaku berpanjangan, ia kan mengakibatkan :


  • Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.
  • Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki.
  • Otak -  Angin ahmar (strok).
  • Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang.
  • Jantung - Sakit/serangan jantung

Categories:

Leave a Reply