(Penemuan TERBARU Dalam Dunia Perubatan Oleh Dr. Rais Abdullah)
KEBOCORAN SALUR DARAH UTAMA merupakan punca sebenar penyakit kencing manis. Saluran yang dimaksudkan adalah saluran vena dan aorta yang berfungsi menyalurkan makanan yang telah diproses atau dicernakan terutamanya makanan yang membekalkan tenaga ke seluruh badan.
Oleh sebab kebocoran tersebut, tenaga tidak dapat disalurkan dengan sempurna yang mana tenaga keluar melalui kebocoran tersebut mengakibatkan badan menjadi lemah, urat saraf lemah dan mengecut. Malah, organ pankreas juga tidak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya bagi merembeskan insulin dan mengakibatkannya menjadi tidak aktif dan mengecut.
Kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin mengakibatkan kita menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, tenaga dalaman menurun dan mengakibatkan saluran jantung mengecut serta boleh mengakibatkan buta.
Kebocoran yang dimaksudkan berlaku adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan dan bukannya gula yang berlebihan. Asid urik ini datangnya daripada pemakanan tidak sihat yang kebanyakkan amalkan seperti kerap memakan santan, mee kuning, makanan laut, minuman berkarbonat, cili padi dan sebagainya.
Kandungan gula berlebihan dalam badan hanya meningkatkan bacaan ketika membuat pemeriksaan kencing manis dan bukannya punca mengakibatkan kencing manis. Maka, pengambilan ubat-ubatan atau suplemen yang hanya bertindak mengurangkan kandungan gula atau mengaktifkan pancreas adalah bersifat mengawal kerana selagi masalah kebocoran diselesaikan.
Secara logiknya, masalah kebocoran ini dapat diatasi dengan menampal kembali kebocoran tersebut. Maka, untuk menormalkan serta memulihkan terus penyakit ini adalah dengan menampal kembali kebocoran yang ada pada saluran ini.
Sebagai contoh, hal ini boleh diumpamakan seperti paip air yang bocor tidak akan dapat menyalurkan air dengan sepenuhnya kecuali langkah diambil dengan paip tersebut ditukar baru atau pun ditampal. Hal ini sama seperti penyakit kencing manis. Oleh itu cara untuk merawat dan seterusnya menstabilkan penyakit kencing manis adalah melalui proses penampalan.
Categories:
wah..info baru dan menarik..tq sharing...
jemput ke blog saya..
www.sihatnatural.blogspot.com
obat herbal penyakit kelamin dari de nature yang terbukti ampuh mengobati segala jenis penyakit kelamin
Obat herpes
Obat Sipilis Kencing Nanah
kutil kelamin
Cara Menghilangkan Kutil Pada Kelamin
ambeclear wasir