#1 DR Diabetes

Kencing manis merupakan satu penyakit apabila pankreas iaitu salah satu daripada organ yang penting di dalam badan kita tidak dapat menghasilkan hormon insulin atau, insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan insulin pada pankreas adalah dikenali sebagai sel beta iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar islet of Langerhans dalam pankreas. Fungsi utama insulin adalah mengawal keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.

Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi akan menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam untuk digunakan oleh sel-sel badan sebagai tenaga. Ini akan menyebabkan peningkatan glukosa (gula) dalam darah.

Kencing manis dikesan apabila bacaan gula dalam darah melebihi paras normal iaitu:
i.Gula berpuasa: < 5.6 mmol/L
ii.Gula tidak berpuasa (4 jam selepas makan): < 8 mmol/L

Kebocoran salur darah utama merupakan punca sebenar penyakit kencing manis. Saluran yang dimaksudkan adalah saluran vena dan aorta yang berfungsi menyalurkan makanan yang telah diproses atau dicernakan terutamanya makanan yang membekalkan tenaga ke seluruh badan.Oleh sebab kebocoran tersebut, tenaga tidak dapat disalurkan dengan sempurna yang mana tenaga akan keluar melalui kebocoran tersebut mengakibatkan badan menjadi lemah, urat saraf lemah dan mengecut. Malah, organ pankreas juga tidak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya bagi merembeskan insulin dan mengakibatkannya menjadi tidak aktif dan mengecut.

Kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin mengakibatkan kita menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi,kegagalan buah pinggang, tenaga dalaman menurun dan mengakibatkan saluran jantung mengecut serta boleh mengakibatkan buta.

Kebocoran yang dimaksudkan berlaku adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan dan bukannya gula yang berlebihan. Asid urik ini datangnya daripada pemakanan tidak sihat yang kebanyakan daripada kita amalkan seperti kerap memakan santan, mee kuning, makanan laut, minuman berkarbonat, cili padi dan sebagainya.

Categories:

Leave a Reply